feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count


Happy new year 2009. Aduh tahun ni adalah tahun yang boleh dikatakan amat sibuk. Tapi dalam kesibukan tu ada juga masa untuk bertemu rakan. Pergi buat trip memancing kat bawah jambatan Tunku Bainun kat area manjung tu. setiap tiang penuh, kami tiang yang ke 5. Air pasang cantik tapi mungkin disebabkan takde rezeki so, takde lah hasil. Tapi seronok dapat jumpe kawan2. Mungkin bulan depan pergi trip pulau sembilan pula. yang mengejutkan semasa dalam perjalanan menghala ke manjung, perubahan besar yang disaksikan depan mata rasanya tak dapat diterima. Ayer Tawar dulu nya satu pekan kecil sekarang membangun dengan pesat. Mungkin aku dah terlalu lama tak jejak kaki kat situ , lebih kurang 9-10 tahun. Teringat masa zaman sekolah dulu, zaman remaja yang meningkat naik, banyak kenangan. Terlalu banyak. Walaupun bukan tempat kelahiran aku, tapi di pekan kecil tu lah aku tau aku kenal erti kasih sayang, dan kenal kawan2 yang bukan sebangsa dan seagama dengan ku. Kesusahan ibubapa ku dan kesenangan di sana akan ku ingat sampai bila-bila. 9-10 tahun terasa cepat sangat.